Home
Welcome to Syoknya Sukan Official Site
KARNIVAL FUTSAL MILO 2012 PASTI MERIAH! PDF Print E-mail
Written by Sumber A&B Sports   
Monday, 09 April 2012 03:00









KARNIVAL Futsal Milo Hidup Bola 2012 telah pun berusia 7 tahun! Kejayaan, kegemilangan program anjuran MILO sudah berjaya mengumpul ribuan pemain futsal remaja sejak diperkenalkan tahun sebelum ini.

Kini, edisi terbaru muncul lagi, pasti ramai peminat, pemain futsal kanak-kanak dan remaja tidak sabar untuk beraksi.

Majlis pelancaran program yang berlangsung di Dewan Arena Sukan, Wisma OCM, Kuala Lumpur dimana legenda bola sepak negara Dato Soh Chin Aun menjadi ikon sukan pada edisi terbaru futsal MILO.

Program itu turut dihadiri Don Howat, Pengurus Eksekutif Bisnes,Coffee & Beverages Business Unit,Nestle Products Sdn Bhd; Dato Sieh Kok Chi, Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia; Tang Kok Wai, Pengarah Urusan  Figos Sdn Bhd; Ng Ping Loong, Pengurus Pemasaran Sukan Nestle; Datuk Dina Rizal, Pengarah Program.

Don Howat berkata pihaknya mengucap ribuan terima kasih kepada semua yang terbabit memeriahkan program tahuanan itu.

"Ini adalah tahun ketujuh  karnival ini dianjurkan selepas kejayaan serta sambutan yang amat menggalakkan pada enam berturut turut yang  lalu. Karnival MILO Hidup Bola Futsal ini telah muncul sebagai karnival futsal remaja terbesar di negara. Tahun lalu sebanyak 1,400 pasukan bawah 12 dan 16 tahun dari seluruh negara menyertai karnival ini

Kami di MILO berpegang kepada prinsip bahawa  juara tidak dilahirkan tetapi dibentuk dengan memberi bimbingan dan tunjuk ajar sambil menikmati keajaiban sukan pada peringkat muda dan akar umbi lagi untuk dibentuk menjadi juara pada masa depan.

32 pasukan terbaik di bawah 12 tahun dan 16 tahun akan berentap pada grand final yang akan diadakan di Sports Planet Ampang Selangor pada 16 Sept akan datang. Hadiah wang tunai dalam bentuk simpanan akuan atas nama setiap pemain empat pasukan teratas pada siangan grand final diharapkan dapat menggalakkan sikap menabung untuk masa depan,"katanya. 

Maklumat program sila layari laman web www.milo.com.my dan www.syoknyasukan.com.

Last Updated ( Monday, 09 April 2012 03:33 )
 
IMPRO MAHKOTA, STYLO MYLO WAKILI SELANGOR PDF Print E-mail
Written by Sumber A&B Sports   
Tuesday, 19 July 2011 19:54

SIRI terakhir Karnival Futsal Milo Hidup Bola 2011 (KFMHB) Bawah 16 tahun menyaksikan dua pasukan berpengkalan di Johor, Impro Mahkota FC dan Khaizar Sports FC bertemu pada final yang berlangsung di  Ferro Futsal Subang, Ahad baru-baru ini.

  Pada aksi final terpaksa ditentukan melalui sepakan penalti selepas kedua-kedua pasukan terikat 3-3, nyata nasib menyebelahi Impro Mahkota apabila menang 4-3.

  Sebelum itu pada saingan peringkat separuh akhir, Impro Mahkota FC menang tipis 1-0 ke atas wakil Selangor, FX  Malay FC manakala Khaizar Sports FC menumpaskan KPF United 2-0.

  Bagi kategori Bawah 12 tahun, Stylo Mylo B menyerlah reputasi sebagai pasukan pilihan apabila muncul juara selepas mudah membenam wakil Kelantan, skuad Mohamad Ariffin Mohamad Kamal FC (MAMK) 4-0 pada aksi final.

  Peringkat separuh akhir, Stylo Mylo B menang tipis 3-2 ke atas Court Soccer FC manakala MAMK menumpaskan NATO GATO FC 2-1.

  Impro Mahkota FC, Khaizar Sports, FX Malay, KPF United, Stylo Mylo B, MAMK FC, Court Soccer dan NATO GATO layak ke peringkat grand final yang akan berlangsung pada 24 Julai ini di Ampang Sports Planet.

 
TUAH PASAK FC DI KELANTAN PDF Print E-mail
Written by Sumber A&B Sports   
Tuesday, 19 July 2011 19:51

"TUAH kami di sini" itulah lauhan terpacul dimulut pengurus pasukan Pasak FC, Sulaiman Abdullah apabila anak buahnya menjuarai Karnival Futsal Milo Hidup Bola 2011 peringkat Kelantan selepas membenam cabaran tuan rumah SKA KB Futsal Arena 2-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung Kota Bharu Futsal Arena, Sabtu lalu.

  "Sebelum ini kami gagal di negeri sendiri, Perak dan begitu juga kecewa di Pulau Pinang, kemenangan ini cukup melegakan saya memandangkan hanya tinggal dua siri lagi sebelum peringkat grand final" kata Sulaiman.

  Sebelum itu pada saingan peringkat separuh akhir, Pasak FC berjaya membenam skuad Akademi Bola Sepak Kota Lama 2-0 manakala satu lagi saingan, SKA KB Futsal membelasah RH FC 5-1.

  Bagi kategori Bawah 12 tahun menyaksikan skuad tuan rumah KB Mall C dinobat selaku juara selepas menumpaskan wakil dari Kedah, Kenari Kid Hicom Honda FC 2-0.

  Pengurus Acara dan Sampel Nestle Wilayah Timur, Mohd Ismail Osman turut hadir menyaksikan kemeriahan program seterus menyampaikan hadiah kepada semua pemenang.

  Pasak FC, SKS KB Futsal Arena, KB Mall C dan Kenari Kid Hicom Honda FC sudahpun berjaya menempahkan ke peringkat grand final yang akan berlangsung ada 24 Julai ini di Ampang Sports Planet, Kuala Lumpur.

  Ini bermakna hanya tinggal lapan pasukan lagi yang belum diisi bagi memenuhi kouta 32 pasukan terbaik masing-masing kategori Bawah 12 dan 16 tahun di grand final.

  Ferro Futsal Subang, Selangor menjadi lokasi terakhir bagi mencari lapan pasukan terbaik bagi kategori Bawah 12 dan 16 tahun yang akan berlangsung pada 10 Julai ini.

  Peringkat grand final hadiah yang wang tunai dimana juara bakal menerima RM15,000, pingat, barangan Milo dan tracksuit Figos manakala naib juara menerima RM10,000, pingat, barangan Milo serta tracksuit Figos. Bagi pemenang ketiga/keempat masing-masing menerima RM7,000, pingat dan barangan Figos.

  Hadiah kepada empat pasukan terbaik grand final akan diserah dalam bentuk akuan simpanan setiap pemain.

  Pengurus Pemasaran Sukan Nestle Product Sdn Bhd, Ng Ping Loong berkata sambutan program kali ini lebih meriah dan hangat berbanding tahun sebelum ini.

 
ABOYZ FC, PERANTAU KIDS TAWAN P PINANG PDF Print E-mail
Written by Sumber A&B Sports   
Tuesday, 19 July 2011 19:42

SIRI ke-12 di Safira Sports Planet, Pulau Pinang hujung minggu lalu menyaksikan sejumlah 80 pasukan di bawah 12 tahun dan 16 tahun mengambil bahagian. Ini satu peningkatan berbanding dengan 71 pasukan tahun lalu.

Menariknya pada perlawanan akhir Bawah 12 tahun menyaksikan dua wakil Kelantan
dan Selangor bertanding. Perantau Junior Kids mengalahkkan pasukan Kota Bharu Mall B dari Kelantan 3-2 pada perlawanan akhir.

Kategori Bawah 16 tahun, Aboyz FC mengalahkan pasukan TSB Tandop B FC dari Kedah 4-3 pada final.

Ng Ping Loong,Pengurus Pemasaran Sukan Nestle Products Sdn Bhd menyaksikan perlawanan akhir dan menyampaikan hadiah.

Ng Ping Loong yang sungguh gembira dengan sambutan di P Pinang berkata "Kami amat berpuas hati dengan sambutan yang baik dan meningkatan penyertaan banding tahun dulu. Tidak di nafikan juga mutu permainan tambah baik.Ini satu petanda yang menggalakkan untuk mempertingkatkan kualiti futsal remaja masa depan".

Pasukan yang minat di galakkan mendaftar awal bagi mengelakkan kekecewaan. Siri ke 13 akan diadakan pada 25 Jun 2011 di gelanggang Futsal KB Futsal Centre, Pengkalan Chepa Kota Bharu Kelantan.

Borang penyertaan boleh didapati di gelanggang atau layari laman www.milo.com.my atau www.syoknyasukan.com atau boleh hubungi Nik Muhd Radzi menerusi talian 019-3519934/019-2102442 dan Zack 019-9444334.

 
KBTG, KUMBAR FC AMPUH DI KEDAH PDF Print E-mail
Written by Sumber A&B Sports   
Monday, 11 July 2011 19:06

Wakil Pulau Pinang tuai hasil di Kulim

DUA wakil Pulau Pinang, Kelab Bola Sepak Tunas Gemilang A (KBTG), Kumbar FC  membuktikan kehebatan masing-masing apabila mengungguli Karnival Futsal Milo Hidup Bola (KFMHB) 2011 siri ke-11 kategori Bawah 12 dan 16 tahun yang berlangsung di Kulim Arena Futsal & Sports, baru-baru ini.

KBTG A menang tipis 1-0 ke atas wakil tuan rumah, Belia Bendahara pada final Bawah 12 tahun manakala kategori Bawah 16, Kumbar FC mengecewakan impian Coolem FC 3-1.

Sebelum itu, pada saingan separuh akhir, Belia Bendahara muncul pasukan pertama layak ke final selepas menumpaskan KBTG B 3-1 manakala KBTG A mengalahkan ABOYZ Jr 1-0.

Separuh akhir Bawah 16 tahun, Kumbar FC membenam wakil Perak, IRC Sg Siput  1-0, Coolem FC membelasah DJH Ezee Shoppe 4-0.

Juara peringkat negeri kedua-dua kategori, juara masing-masing menerima wang tunai RM800, pingat, barangan Milo dan Figos manakala naib juara (RM600), ketiga (RM400) dan keempat (RM400).

KBTG A, Belia Bendahara, Kumbar FC dan Coolem FC mewakili Kedah layak beraksi pada peringkat berprestij yang akan berlangsung pada 24 Julai depan di Ampang Sports Planet, Kuala Lumpur.

Hadiah kedua-dua kategori disampaikan oleh Pengurus Sampling & Acara – Nestle Products Sdn Bhd Cawangan Utara, Mohd Hanif Haron.

Siri ke-12 KFMHB sekali lagi berada di Utara, kali ini berlangsung di Safira Sports Planet, Seberang Prai pada Sabtu ini.

Maklumat terkini layari www.milo.com.my atau www.syoknyasukan.com atau menghubungi Nik Muhd Radzi di talian 019 3519934.

 
More Articles...
« StartPrev12345678910NextEnd »

Page 1 of 16

Undian

PASUKAN MANA LAYAK MENJUARAI EPL 2011/12
 

Who's Online

We have 5 guests online

Sponsorships

Our Sponsors:
Adidas
ADIDAS!! Impossible Is Nothing
Sinar Harian
Tabloid Sinar Harian
Telekom Malaysia
Connecting today's business for tommorow profit
True Web Production
Provide website design and webhosting services
Berita Harian
Berita Harian Online Official Site
New Straits Times Press
Malaysia's oldest and largest newspaper company
Harian Metro
Akhbar Tabloid Bahasa Melayu
The Star Online
The Star Official News Portal
Kosmo!
Kosmo! Online Official Site
Liga Futsal Belia Kebangsaan
Liga Futsal Belia Kebangsaan Official Site
Maybank2u
Bayaran melalui Online
Milo
Milo Official Site
GolfUnite
GolfUnite Official Site
SportsUnite
Kelab Sukan SportsUnite Official Site